Monday, March 17, 2014

Program Gotong Royong Penduduk Jalan SS 8/8 di Zon 23 MBPJ

16 Mac 2014, Kelana Jaya (Zon 23) - Usaha penduduk-penduduk untuk membenteras nyamuk aedes di kawasan kediaman kejiranan Jalan SS 8/8 harus di puji. Program gotong royong anjuran Persatuan Penduduk Jalan SS 8/8 di Kelana Jaya telah berjaya mengumpulkan penduduk di situ.

Program ini di sokong penuh oleh pihak Ahli Majlis Zon 23, Tuan Azri Mohamad Arish yang turut bersama dalam sesi membersihkan kawasan kejiranan tersebut. Pihak Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ telah membantu menyediakan pelbagai peralatan serta meminta kerjasama kontraktor pembersihan kawasan.

Program sebegini kerap di laksanakan oleh pihak penduduk. Kawasan lapang di bahagian belakang rumah penduduk yang di percayai adalah tanah persendirian telah menyukarkan pembangunan kawasan riadhah untuk penduduk di kawasan tersebut. Keadaan semak dan gelap menjadi faktor penggalak kepada pembiakan nyamuk serta penjenayah pecah masuk rumah di kawasan tersebut. Sebuah motorsikal yang di percayai di curi juga di jumpai di dalam longkang oleh penduduk. Seekor ular sawa juga pernah di tangkap di situ.

No comments:

Post a Comment