Saturday, March 19, 2016

Gotong Royong Hapus Denggi di SS 8/8 Zon 23 Ahli Majlis Azri Mohamad Arish

19 Mac 2016, Sabtu - Program gotong royong hapuskan denggi telah berjaya di laksanakan di kawasan belakang kediaman Jalan SS 8/8 dengan kerjasama Persatuan Penduduk SS 8/8, Penduduk SS 3/2 (Kejiranan), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Sisa Pepejal dan Persekitaran MBPJ.

Jabatan Sisa Pepejal dan Persekitaran dengan Unit GPL telah membantu mencantas dahan pokok sehari sebelum program serta membersihkan longkang kediaman. Jabatan Kesihatan telah membantu menyediakan peralatan gotong royong dan memberi tunjuk ajar iaitu Search and Destroy Aedes.

Ahli Majlis Zon 23, Tuan Azri Mohamad Arish telah memberikan sumbangan RM1,500.00 untuk menyokong program tersebut.

Pemilik tanah juga bersetuju tanah tersebut di jaga oleh persatuan penduduk jalan ss 8/8.

Pejabat Ahli Majlis MBPJ Zon 23 ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Sisa Pepejal dan Persekitaran kerana telah membantu menjayakan aktiviti membasmi denggi di kawasan tersebut.

Sekian. T. Kasih.

Azri Mohamad Arish

Saturday, March 5, 2016

Perjumpaan dan perbincangan isu pembersihan di kawasan lapang hak milik persendirian di Jalan SS 8/8

Perjumpaan dan perbincangan isu pembersihan di kawasan lapang hak milik persendirian di Jalan SS 8/8 pd hari ini.
Turut hadir: Ahli Majlis Zon 23, En Jefridin - SS8, En Aru - SS3, En Lee - Jab Kesihatan MBPJ, En Syed - Jab Sisa Pepejal dan Persekitaran, En Ibrahim - Jab Sisa Pepejal dan Persekitaran, En Sufi - Jab Sisa Pepejal dan Persekitaran dan juga Wakil Pemilik Tanah, Pn Sharlini