Friday, August 7, 2015

Wednesday, July 15, 2015

Jemput ke Jamuan Rakyat Raya Aidilfitri Zon 23

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

Pedih dihati sanubari
di hujung ramadhan Mu ini
ku tak terdaya upaya
ku serahkan semua

apakah ramadhanku ini Kau terima?
apakah Qiyamu ramadhanku Kau berikan ganjaran?
apakah lapar dan haus ku ini tak sia-sia?
apakah semua amalan yang sedikit ku lakukan dengan malu ini Kau terima??

Ampunan...
Rahmat...
Syurga...
Kasih Sayang...
Cinta....
ku damba dariMU

Ya ALLAH jika memang Ramadhan Tahun ini
Adalah ramadhan terakhir bagiku
maka bersihkanlah diri ini
dan ku berharap sangat darimu
menerima amalan ramadhanku ini. Ameen Ya Rabb...
Ya Rahman Yang Maha Penyayang
Ya Rahim Yang Maha Pengampun..
Ampunilah Daku.

Azri Bin Mohamad Arish
Ahli Majlis MBPJ Zon 23
(SS 8, SS 9, SS 10)

Sunday, June 28, 2015

Azri Mohamad Arish sent you an image file!

Program Bubur Lambuk PWB Dun Seri Setia bersama Ahli Majlis MBPJ Zon 23 di Dewan Masyarakat Sg Way, Jalan SS 9/10

---
---
Sent by WhatsApp

Thursday, June 11, 2015

PJ BERSIH 2015 di ZON 23

Tuan2/Puan2 adalah dengan hormat di jemput hadir bersama-sama PJ Bersih 2015, Program Terjah & Musnah Aedes, Program Spring Cleaning di Zon 23 seperti berikut:-
13/6/2015, Sabtu, 8.30am - 12.00pm
SS9 - Kawasan Pakir Jalan SS 9/3, Sg Way Seri Setia.

14/6/2015, Ahad, 8.30am  - 12.00pm
SS8 - Belakang Rumah No.77, Jalan SS 8/8, K. Jaya

SS8 - Kawasan Pakir Flat PKNS SS8, Jalan SS 8/7

AKTIVITI2:
1. Taklimat Ringkas oleh Jab Kesihatan.
2. Edaran Plastik Sampah dan Sarung Tangan utk bersihkan bekas2 takungan air, etc.
3. Membuang perabot terpakai dari rumah. Tong RORO di sediakan.
4. Edaran Ubat Abate dan Racun Tikus.

** Tshirt PERCUMA, Sarapan Pagi dan Minuman Kesegaran di sediakan.

Pertanyaan hubungi:
Sdr Azizul: 0126521501

Monday, April 27, 2015

Kerja-kerja menaik taraf kawasan lapang untuk kemudahan penduduk beriadah sebab ada senam urut kaki dll. Juga Pondok Rehat Gazebo di Jalan SS 9/3 dengan kerjasama I-Con City.
Sebelum ini terdapat sampah haram yang sukar di kawal di sini. Jadi sekarang di ubah kepada tempat yang lebih positif dan sihat... Demi Rakyat.

Thursday, April 16, 2015

Tindakan Segera MBPJ Membersih Tempat Sampah

Pihak Ahli Majlis telah menghubungi pengawas dan kontrak pembersihan kawasan untuk ambil tindakan segera.

Azri Mohamad Arish
Ahli Majlis MBPJ Zon 23

Keadaan Kekotoran Punca Tiada Kesedaran dan Punca Banjir

Keadaan di Jalan SS 9A/20 & Jalan SS 9/1 serta Jalan SS 9/8.

Azri Mohamad Arish
Ahli Majlis MBPJ Zon 23

Friday, April 10, 2015

Dulu Kawasan Sampah Haram. Hari ini di ubah tempat letak kereta.

10/4/2015, Jumaat - Kawasan tapak sampah haram yang di ubah kepada tempat letak kereta di Jalan SS 26/2, Taman Mayang Emas.

Lawatan Tapak Sampah Haram di Kg Cempaka, P. Jaya

10/4/2015, Jumaat - Lawatan Tapak Sampah Haram dan Aktiviti Binaan Haram di Kg Cempaka dan Jln Tropicana

Friday, March 27, 2015

Sumbangan Anak Pokok Bunga kepada Tadika Perpaduan Sg Way

28 Mac 2015, Sabtu - Majlis ringkas penyerahan 200 anak pokok bunga kepada Tadika Perpaduan Sg Way sempena program gotong royong pada hari ini di situ.